06/02/2012

PETANDA ANDA TELAH JATUH CINTA!

assalamualaikum semua..



erm best nye kalau jatuh cintaaaa




mesti korang tersengih ek tengok tajuk nie

haaa wat sape2 yang nak tawu korang ni betul ke jatuh cinta? 

ke cinta monyet je?



okey kat sni saya nak kongsikan beberapa 

petanda yang korang telah jatuh cinta:



♥  hati anda sentiasa berdebar-debar setiap kali anda ternampak si dia lalu dihadapan anda. Kalau si dia tiba-tiba muncul di hadapan anda,anda boleh terkena kejutan elektrik tiba-tiba.

 

 

♥ kebelakangan ini, anda sering membaca tips-tips cinta di majalah tak pun di internet untuk mempraktikkan ke atas si dia. (ehemmm..)



♥ tiba-tiba saja anda sukar melelapkan mata. setiap malam sebelum tidur pasti anda teringatkan si dia.anda teringatkan peristiwa yang berlaku antara anda dengan si dia pada pertemuan siang tadi. Setiap malam anda terbayangkan saat-saat romantis antara anda dengan dia.kemudian anda tertidur dengan hati yang berbunga-bunga.



♥ tiba-tiba anda banyak menghabiskan masa anda dengan handphone anda. walau sesibuk mana, anda masih sempat menghantar mesej walaupun dengan hanya berkata Hai.

 

 

♥ tiba-tiba anda akan berasa rindu giler terhadap si dia. kalau boleh anda mahu si dia berada 24 jam di depan mata anda.




♥ tiba-tiba anda berasa cemburu melihat si dia bermesra dengan orang lain yang sama jantina dengan anda. Siap bergelak ketawa dan menepuk-nepuk bahu antara satu sama lain. Anda pula curi-curi pandang terhadap aksi si dia.




♥ selalunya anda tidak bersemangat untuk ke kuliah atau ke sekolah tetapi tiba-tiba sahaja anda bersemangat untuk memulakan hari anda berbanding sebelum ini. Si dia telah menjadi sumber inspirasi anda setiap hari.




♥ Tetapi jika sehari anda tidak dapat melihat si dia walaupun hanya bayang-bayangnya, anda merasa hampa ataupun gelisah seperti cacing kepanasan. Lagi-lagi semua mesej yang dihantar tidak dibalas oleh si dia.




♥ anda semakin menjaga penampilan diri anda. Anda sentiasa mahu memakai pakaian yang kemas dan cantik. Dan mungkin juga memakai perfume yang boleh menarik perhatian si dia!!




♥ secara tiba-tiba anda berubah menjadi defensif terhadap si dia. Pantang ada orang lain tersalah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia.




♥ anda semakin berminat untuk mengetahui latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada rakan-rakannya.




♥ anda memberikan si dia sedikit hadiah sebagai tanda ingatan agar si dia berasa terharu dan sentiasa mengingati anda. 




♥ ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan keluar bersama. mungkin mmengajak si dia keluar makan bersama atau mengajak si dia berbincang tentang assignment/projek walaupun anda boleh membuatnya sendiri.




♥ anda semakin kuat berangan! Anda sering terfikirkan tentang si dia. Kemudian, mulalah anda tersenyum seorang diri. Kadang-kadang sambil memandu pun boleh mengelamunkan tentang si dia.




♥ Hati anda terus berbunga-bunga bila ditegur oleh si dia walaupun si dia hanya bertanya tentang assignment yang diberikan lecturer tadi. Bagaikan dunia ni anda yang punya.




♥ anda cuba lari daripada terserempak dengannya. Takut si dia perasan yang anda menaruh hati terhadapnya dan takut cinta anda tidak terbalas. biasanya perempuan yang berkelakuan begini




♥ citarasa anda berubah. Anda mahukan persamaan dengan si dia. Anda cuba meminati lagu kegemaran si dia dan menonton rancangan tv kegemarannya.




♥ anda melihat bayangan wajahnya di mana saja anda pergi dan pada sesiapa sahaja kamu terpandang. sehingga anda mesti menoleh 2 kali untuk memastikannya.




♥ Anda cuba menguji si dia adakah si dia juga menyimpan perasaan terhadap anda. Anda berpakat dengan rakan anda untuk membuatkan si dia cemburu.




♥ anda sanggup berkorban apa sahaja demi si dia. Anda sanggup berkorban wang ringgit dan memerah kudrat tenaga untuk menarik perhatian si dia terhadap diri anda.




♥ Bila bersama dengan si dia, anda berjalan/memandu dengan sangat perlahan. Takut cepat sampai ke tempat yang hendak dituju. Kalau boleh, ingin sangat berada di sisinya lebih lama lagi.




♥ Prestasi anda dalam kerja/belajar tiba-tiba naik mendadak kerana anda cuba untuk memberitahu kepada si dia bahawa anda pun boleh lakukan apa saja.

 

 

 

 

♥ Anda berbual dengan si dia sampai lewat malam melalui telefon dan lepas beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya. Kemudian anda menghantar pula mesej kepada si dia.

 

 


♥ Anda berniat untuk memiliki si dia. Anda mahukan si dia terus berada di samping anda. Anda sanggup lakukan apa saja untuk menarik perhatian si dia.




♥ Anda sering tertanya-tanya apakah yang sedang dilakukan oleh si dia. Adakah si dia sudah makan, mandi,pergi kelas?

 

 


♥ Anda menyimpan apa sahaja pemberian daripada si dia. Kad raya, surat, resit dan apa sahaja di dalam sebuah kotak. Anda juga menyimpan segala sms si dia. Dalam inbox anda penuh dengan nama si dia saja.




♥ Si dia kerap muncul dalam mimpi anda sejak akhir-akhir ini. Bila esok paginya anda cuba untuk mengingati kembali mimpi indah antara korang.




♥ Akhir-akhir ini anda sering berdoa kepada Allah agar dibukakan hati si dia untuk anda dan dijodohkan dengan anda.




♥ Ketika anda membaca post ini, hanya wajah si dia saja yang bermain di fikiran anda!





SO adakah korang telah jatuh cinta??



 






senyum sorang-sorang ke ^____^

0 comments:

Post a Comment

hai cik adik cik abg (!)
tinggalkan comment anda di sini.

COPYRIGHT © 2012. HAK MILIK lala_cakcak