27/10/2014

Tak..tak tak tak,,tak sedih pun..iye



Jam menunjukkan pukul 2.48 pagi. Mataku berair-air menandakan aku perlu tidur saat ini juga. Aku masih berkira-kira untuk pergi ke interview esok pagi atau tidak. Kejadian petang tadi mengimbau kembali memori ku..

Nak diam je ke? Nak pergi tempat dia interview boleh pulak diam je!

Aku berfikir lagi..hmm..garang lagi..jauh juga tempatnya..camne nak pergi esok..dengan ayah ke mamat..apa nak pakai esok..fikirku sendiri..

Aku menghulurkan kertas yang aku tulis alamat tempat interview tersebut kepada dia. Dia memberhentikan kereta di tepi jalan dengan ganas. Handphone lantas dicapainya lalu menulis sesuatu dengan laju.

another 200m turn right and then turn left. 

Ouh..gps..handphone canggih..gumamku dalam hati. Dia membawa kereta dengan laju dan ganas membuatkan aku istighfar banyak kali di dalam hati. Boleh tahan jugak jalan yang minah gps ni bagi.

Akhirnya tempat yang dituju sampai juga. Kawasan nya agak sunyi. Aku keluar dari kereta untuk memastikan tempat tersebut adalah betul.

**** Sdn Bhd. okay betul la ni.

Aku masuk ke dalam kereta semula.

Betul ke tempat ni! Kerja apa ni!

Ye betul la ni. Kerja Qs..


Teruk sangat ke tempat ni fikirku. Yela kerja Qs je tak terer macam kerja awak, Ye saya tahu saya bodoh. Entah kenapa tiba-tiba rasa macam nak menangis. Sebab tu aku diam je. Berombak-ombak dada  menahan marah dan geram.

Aku cuba untuk mengingati jalan untuk ke tempat ini. Aduhhh lupa la masuk dari mana mula-mula tadi, highway ke apa eh. Nak tanya dia kang cakap aku bodoh pulak. Takpe la nanti kat rumah try google map omelku sendiri dalam hati.

Nanti pergi kerja sapa nak hantar! Bagi tahu la pa nak pergi interview! Jangan fikir diri tu hebat sangat! Ingat u boleh buat semua sendiri ke! Lain la kalau boleh buat semua benda sendiri! Apa faedah yang u dapat kalau nak berahsia sangat!

Aku membetulkan kedudukan aircond kereta menghala ke arahku. Badanku terasa hangat atau ayat dia yang membuatkan ku panas?

Ye memang aku tak boleh buat semua benda sendiri. Memang aku takde lesen, takde kereta. Senang cerita aku memang useless lah! Diulang USELESS!!

Aku memikirkan soal ini sehingga pagi ini sampaikan aku tak sedar bila aku tertidur malam itu.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Jam 8.17 pagi.

Aku terjaga lantas teringatkan mengenai interview yang perlu aku hadir pagi ini pada pukul 10.30 pagi. Aku cuba untuk bangun tetapi ada benda yang mengganggu ku. Benda inilah yang selalu membuatkan aku rasa down setiap hari. Aku meraba-raba sekitar tubuhku.

Aku meraba di bahagian kanan dahulu. Aduhhhhhhh..sakittttt lagi..berair mataku bila aku mendapati benda tu semakin ketara dan besar. Tambah sakit lagi tu..Aku cuba mengusik di bahagian kiri pula..Dulu sebelah kiri tak ada,, sekarang dah apa pulak..Aku lantas mengunci pintu bilik dan seperti biasa aku menangis mengenangkan nasib ku ini..

Terus aku mengambil keputusan untuk tidak pergi ke interview pagi ini. Aku sudah tidak bersemangat lagi. Hari ni isnin jadi aku harus cepat untuk membuang sampah di luar rumah. Kalau terlambat nanti pekerja india tu tak sempat nak ambil sampah aku nanti.

Aku lantas turun ke bawah. Aku menggeleng kepala melihat rumahku seperti tongkang pecah. Terus aku lupa pada segala kesakitan dan meneruskan kerja ku sebagai suri rumah yang tak berapa nak berjaya.





------------------------------------------------------END----------------------------------------------

COPYRIGHT © 2012. HAK MILIK lala_cakcak