06/02/2012

diet yang tak seimbang

assalamualaikum..



 sebut je pasal diet, mesti ramai yang amalkan diet kan kan? 

Tapi ramai yang sentiasa mencari 

apakah rahsia diet yang efektif. Tapi tak ramai pun yang fikir

  soal berat dan kesihatan badan. Biasanya apabila berdiet, ramai yang akan 

mengurangkan makan agar berat badan turun. Namun hasilnya tidak memberangsangkan. 

Jika turun sekalipun hanya dalam tempoh sekejap saja dan kemudian kembali naik. Ini 

dipanggil diet yang hampeh hehehe takde la main2 je


Jadi perkara yang perlu dihindari dalam diet seharian adalah:


Berlapar

Makan banyak oleh menambah berat badan. Jadi ramai yang berusaha menahan lapar 

malah ada yang tidak makan. Sebenarnya cara ini salah, apabila anda berlapar, ia akan 

menurunkan metabolisme tubuh yang akhirnya melambatkan pembakaran lemak. Jadi, 

berlapar bukanlah satu rahsia diet yang berkesan. Tenaga tubuh akan berkurang. Anda 

akan berasa lemah dan keletihan apabila melakukan aktiviti harian. rasa lapar adalah 

salah satu petanda bahawa perut anda kosong dan gula dalam darah juga kurang. 

Sedangkan perut yang terisi dan gula sangat diperlukan otak. Mungkin anda pernah 

mengalami masalah pening kepala apabila perut kosong bukan? Masalah ini juga akan 

terjadi kepada mereka yang hanya makan sekali atau dua kali sehari. Jadi, anda perlu 

makan 5 hingga 6 kali sehari, 3 kali makan normal dan 3 kali makan ringan agar 

metabolisme tetap tinggi dalam tubuh.




Tidak mengambil sarapan pagi.
 
 Ramai yang sengaja tidak mengambilnya, tidak sempat mengambilnya atau tidak biasa 

mengambilnya. Kononnya inilah rahsia diet yang paling hebat. Walau apa saja alasannya,

ramai daripada kita elak mengambil sarapan pagi. Sarapan adalah waktu makan paling 

penting untuk tubuh. setelah tidur malam 8 jam tanpa mengisi nutrisi, tubuh sangat 

memerlukan nutrisi yang boleh diperolehi ketikan makan sarapan pagi. Ia mengembalikan 

tenaga untuk tubuh badan.



Tidak makan malam.
 
Memang ketika tidur, kita tidak memerlukan kalori dalam jumlah yang banyak, apatah

lagi karbohidrat dalam kadar yang tinggi. Tetapi kita memerlukan banyak protein kerana

ketika tidur, hormon pertumbuhan akan digunakan untuk membaiki sel-sel tubuh yang

rosak. oleh itu, pastikan pengambila protein yang mencukupi. Ambillah protein kira-kira 

2hingga 3 jam sebelum tidur dan karbohidrat 4 jam sebelum tidur. Disarankan minum susu

atau air kosong sebelum tidur untuk penyerapan protein lebih lambat.





Inilah sedikit rahsia diet untuk anda tampil kurus dan langsing.





terima kasih

0 comments:

Post a Comment

hai cik adik cik abg (!)
tinggalkan comment anda di sini.

COPYRIGHT © 2012. HAK MILIK lala_cakcak