05/02/2012

JOM KEMPISKAN PERUT !

    
assalamualaikum semua! 
hehe hari ni nak kongsikan tips untuk kempiskan perut. 
tapi bukan senang ye kakak kakak abang semua :)
oke ada 8
cara yang boleh korang cuba!
  1. JAGA PEMAKANAN! haa penjagaan makanan ni penting untuk memiliki bahagian perut yang cantik. Elakkan makan makanan yang berminyak dan bergaram. minum banyak air kosong dan pastikan korang amalkan diet yang seimbang.
  2. Ambil kira jumlah kalori harian. Ini merupakan perkara utama yang perlu diberi perhatian jika korang nak membakar lemak yang berlebihan.
  3. BERSUKAN! Sukan adalah sebahagian daripada teknik diet yang berkesan. Dengan bersukan korang dapat membakar kalori yang berlebihan tau!
  4. pentingkan kualiti daripada kuantiti. satu atau dua sesi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik daripada melakukan beratus- ratus tekan tubi setiap hari!
  5. Untuk merangsang otot di bahagian perut, lakukan pelbagai latihan perut pada setiap sesi. Gunakan latihan yang berbeza untuk latihan perut dari sudut yang berbeza.
  6. fokus kepada pengecutan dan penegangan otot perut semasa latihan. Pastikan otot yang bergerak adalah otot di bahagian perut dan bukannya bahagian yang lain.
  7. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong korang untuk kempiskan perut selagi adanya lemak yang berlebihan sangat di bahagian perut.
  8. Jika lemak badan telah dikurangkan tetapi tidak juga mendapat perut yang cantik, kurangkan pengambilan sodium seperti kicap soya, keju dan bertih jagung.


cuba la ye!

0 comments:

Post a Comment

hai cik adik cik abg (!)
tinggalkan comment anda di sini.

COPYRIGHT © 2012. HAK MILIK lala_cakcak