assalamualaikum..
yes! tadi aku terbaca satu entri yang sangat menarik :D
jadi aku nak kongsikan di sini hehe.
buat yang sudi membaca, baca lah !
kredit to: http://akuislam.com/blog/#axzz1n2I92bBH
Assalamualaikum
“Aku dan dia dah putus…”
“Kenapa?”
“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”
“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x
mampu…”
mampu…”
“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”
“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”
“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”
“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”
“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum ” ada…mudah.”
“Apa dia?”
“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”
“Kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia
pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah
setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung
kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk
aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah
aku terabai.”
“Maksud kau?”
“Aku banyak berfikir. Refleksi balik
segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai
dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan
masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta
kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”
“Teruskan aku dengar…”
“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa
lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup
baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa
cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih
menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”
“Lelaki? Cinta?”
“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”
“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”
“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan
yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai
dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai
dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak
sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham
tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya
perasaan ini. Syukur
“
p/s : Semoga bermanfaat
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain
PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain
BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….
** just sharing :)
Terima kasih kerana sudi membaca :)
0 comments:
Post a Comment
hai cik adik cik abg (!)
tinggalkan comment anda di sini.